Jantung Hati Maksu Pieza

23 April 2015

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Seremban.

Dicatat oleh ucupiza di Khamis, April 23, 2015
Reaksi: 
Next destinasi selepas IOI City Mall.

Tengahari-Tengahari ni elok sangatlah review pasal makanan.
Burger bakar ni ada 14 jajahan kalau tak silaplah kan, Pabila dah lama sangat peram cerita ni,dah tak ingat sangat jalan cerita yang mahu disampaikan.

Antara 14 jajahan Burger Bakar Abang Burn ialah :

1) Ampang
2) Bandar Sri Permaisuri
3) DAnau Kota
4) Johor Bahru
5) Kajang
6) Kemaman , Terengganu
7) Klang
8) Kuantan
9) Melaka
10) Nilai
11) Pasir Gudang
12) Seksyen 7, Shah Alam
13) Selayang
14) Seremban

Lepas je habis bermain ice skating,kami ke putrajaya dan singgah bangi barulah ke Burger Bakar Abang Burn Area Seremban..

Restoran Maulana Medan Selera, No. 33 Pulau Avenue, Jalan Pulai Perdana 2, Taman Pulai Perdana, 70400 Seremban, Negri Sembilan

Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30pagi


Puas mencari taman pulai perdana,guna waze pun,entah merapu je waze ni tunjukkan jalan,pusing-pusing ditempat yang  sama je..Ini tidak boleh jadi, Sekali ternampak Budak muda tengah melepak diatas motor,turun dan tanya mana restoran maulana ni.,memula dia cakap jauh ni kak,akak kena pusing balik,buat ayat kesian kejap,dikkk tolong tunjukkan boleh , Nasib adik tu baik hati tunjukkan..

Dengan bantuan adik yang baik hati jumpalah kami Restoran Maulana tu..
Biasalah bila dah sampai,mula lah ayat " Laa dekat sini rupanya"....


Burger Bakar Abang Burn ni di dalam Restoran Maulana rupanya, macam-macam ada dalam restoran ni,macam-macam gerai..Cari tempat duduk dan terus order..maaf gambar tak sempat diambil,sebab kami kelaparan yang teramat sangatttt..



Meatball sedap,

Rasa meatball dia sedap sangat,daging tu terasa lembut je,
Kuah Black papper yang pedas dan umphhhh..
Meatball ni Abang Burn buat sendiri..
Burger dah tak ingat order apa..

Alhamdulillah kekenyangan malan tu,marilah kita balik kampung jiboi seremban,sebelum balik singgah kompleks sukan kejap..

Kekenyangan dan berbaloiiiii...





0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea