Jantung Hati Maksu Pieza

22 April 2015

Ice Skating ioi city mall

Dicatat oleh ucupiza di Rabu, April 22, 2015
Reaksi: 
Ice Skating

Ini adalah perancangan dalam group whatsapp sepupu-sepupu,dah lama rasanya tak luangkan masa dengan sepupu-sepupu tersayang ni,masing-masing sibuk dengan kerja..
Berkumpul pabila ada majlis kenduri je..
Mencari hari yang sesuai untuk bergembira..
Tarikh dan hari sudah ditetapkan, aktiviti pula bermain dalam pikiran..
Masa tu kan terpengaruh dengan teman lelaki upahan...tinggggg bermain ice skating,ice skating yang kyra dan el main tu..pengaruh cerita sangat ni..

Masa pergi tu hari bekerja,hari jumaat,saja je pergi hari orang bekerja bagi mengelakkan orang ramai dan kesesakan jalan raya...Gerak dari melaka ke seremban untuk jemput sorang lagi sepupu..sebab dia je yang tahu jalan ke sana..

Ini adalah pengalaman pertama bermain ice skating,kami bermain di ioi city mall, besar jugak ioi city mall ni kan,.luas dan boleh sesat dalam tu..
Sebelum kami bermain ice skating, kita tinjau dulu dari atas macamana mereka bermain,masa tu dok tergelak-gelak tengok diorang main jatuh-jatuh..kemain gelakkan orang ye..
Dah puas hati tengok,marilah beratur beli tiket, harga tiket rm 25.00,tapi kami tak bawak stokin dan glove jadinya marilah bayar rm 41.00...noted lepas ni siapa yang nak pergi ice skating,sila bawa stokin dan glove ye..






Masa masuk je arena ice skating tu,wah masing-masing pegang besi tepi tu, licinnnnn yang teramat weh..ternyata dugaanku salah,ingt senang je nak ber ice skating ni, ternyata susah sekali..memang yus pegang je besi tepi tu,..Amik jatuh macam nangka busuk dekat situ,tula gelakkan lagi masa orang lain main..

Awal-awal dah jatuh berdebub,dahla nak bangun punya susah,puas sepupu-sepupu tarik.kesian diorang kena tarik yus bangun..
Awalnya tak berani nak main ke tengah arena tu,takut terjatuh lagi, tapi ada sepupu yang tolong nak bawakkan,akhirnya berani mencuba ke tengah..tetapi terjatuh lagi ke permukaan ice tu,sejukkkk oiii dan ditambah dengan permukaan keras,memang sakitla..









Selesai dan puas hati bermain ice skating,moh la kita mengisi perut yang lapar ni....
Keesokkannya masing-masing mengadu sakit -sakit penangan main ice skating ni..

Mungkin sampai lagi seru ke ioi city mall untuk main ice skating lagi..mana tau masa tu dah berbakat kan...


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

kisah maksu pieza.. Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea